KKM) tidak menggalakkan suhu di bahagian lain anggota badan seperti di tangan dan sebagainya kerana ketepatan bacaan diragui.- Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menggalakkan suhu di bahagian lain anggota badan seperti di tangan dan sebagainya kerana ketepatan bacaan diragui.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, KKM telah mengeluarkan kenyataan penggunaan jangkaan suhu supaya mematuhi peraturan yang disyorkan iaitu di dahi sahaja.

“Kalau nak menggunakan jangka suhu tersebut kenalah patuh peraturan yang disyorkan kegunaan peralatan mengukur suhu iaitu disasarkan di dahi sahaja.

“Ia tidak akan membawa kesan sampingan jadi ketepatan walaupun ada kebimbangan tetapi tiada laporan atau statistik yang boleh katakan risiko membawa penyakit lain dan sebagainya,” katanya dalam sidang media khas Covid-19 hari ini.

Justeru jelas Noor Hisham, kementeriannya tidak menggalakan pengukuran suhu di anggota badan lain selain dahi.

“Kita tidak nasihatkan guna tangan dan sebagainya.. jadi untuk mendapatkan ketepatan bacaan suhu, kenalah gunakan di dahi,” tegasnya.-MalaysiaGazette