Abinan Asli
Abinan Asli

KOTA KINABALU – Istana Negeri Sabah hari ini menyangkal dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengaitkan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menyalah guna kuasa dan rasuah serta menerima imbuhan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Setiausaha Sulit Kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Abinan Asli berkata demikian bagi merujuk kenyataan Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia Datuk Zulkarnain Mahdar yang membuat laporan dakwaan salah laku terhadapa Juhar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya semalam.

“Istana Negeri dengan ini menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Zulkarnain Mahdar. Kenyataan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali serta mengandungi niat jahat,” katanya pada sidang media di Istana Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Artikel berkaitan: Tun Juhar didakwa salah guna kuasa, terima imbuhan bubar DUN Sabah

Abinan menjelaskan Yang Dipertua Negeri Sabah tidak pernah menerima 33 akuan bersumpah seperti yang didakwa Zulkarnain, sebelum menandatangani pengisytiharan pembubaran DUN Sabah.

Katanya, Istana Negeri juga tidak pernah menerima permintaan secara rasmi atau tidak rasmi daripada pihak bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk mengadakan perjumpaan dengan Juhar.

Abinan berkata Istana Negeri juga tidak pernah mengarahkan pihak polis untuk menyekat Musa dan rombongan memasuki kawasan istana pada 30 Julai lalu sebaliknya sekatan itu telah dibuat polis bagi mengelak perkara yang tidak diingini.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Patutnya TYT berkecuali…contohi lah DYMM Agong dan mantan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah…panggil semua ADUN dan YB untuk dapatkan pengesahan…ni dengar sebelah pihak jer…cam mana rakyat tak pertikaikan..

  2. Shake, ko orang Sabah ke? Kalau tak, jangan masuk campur. Ini titah TYT kita. Beliau bukan Sultan atau Raja.

Comments are closed.