Tariq Ismail Mustafa

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tariq Ismail Mustafa mengumumkan keluar parti.

Beliau membuat pengumuman itu selepas beberapa jam Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram, Mohd Shaid Rosli berbuat demikian.

“Perjuangan yang asalnya berlandaskan prinsip-prinsip dipegang bersama – menentang korupsi dan salah guna kuasa bagi membentuk bangsa dan negara yang bermaruah dan berintegriti kini paksa berpatah arah.

”Bagi saya secara peribadi, arah tuju ini harus mengharungi jalan yang berliku dan berduri, seiring dengan perjuangan yang bermaruah.

”Di atas dasar ini, dan sejajar keperibadian saya, saya dengan ini meletak jawatan sebagai ahli PPBM berkuatkuasa serta merta,” katanya dalam satu kenyataan di sini sambil menyatakan penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, di atas kepercayaan dan tunjuk ajar selok-belok politik.

Tambahnya, jalan pintas yang diambil oleh parti tidak memberi justifikasi perjuangan terutama dalam aspirasi pembangunan bangsa dan negara.

”Mana letaknya akhlak dan kebolehpercayaan seseorang pemimpin sekiranya jalan pintas digunapakai bertentangan matlamat perjuangan?,” soalnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. tiba masanya manusia menunjukan kemanusiannya. hidup berperinsip berakhlak dan berugama. bukan memperalatkan ugama untok dapat kuasa yang sementara. . malulah sikit mengaku melayu islam tapi menghina dap kerana bukan islam. apa mulianya islam kalau menghina orang lain yang tuhan tentukan keadaan mereka. adakah kita tahu kita telah menghina tuhan kita sendiri. kalau budak baca tak habis belajar tak cukup. bagaimana orang tua yang habis baca cukup belajar. sehingga terlebih pandai hukum pun boleh berubah.

  2. Kalau disogok dengan si kutty jangan cakap nak keluar parti sebab nak banteras rasuah. Cakap je saya telah disogok untuk masuk parti baru kutty kerala.

Comments are closed.