Logo Bersatu yang ditukar warna hitam dan putih.

KUALA LUMPUR – Selepas Bersatu Bahagian Petaling Jaya, Klang, Jeram dan Ulu Langat, satu lagi bahagian parti itu bakal dibubarkan hari ini.

Bahagian Bersatu Bangi dikhabarkan akan turut serta menyokong parti baharu yang akan ditubuhkan bekas pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Satu sidang media didakwa bakal diadakan jam 5 petang ini yang akan diketuai oleh Ketua Bahagiannya, Mohd Sufian Mat Yunus bersama Naib Ketua Bahagian, kepimpinan sayap parti di sebuah hotel di Bangi.

Ia selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli bersama jawatankuasa Bersatu bahagian Kuala Selangor bertindak keluar parti semalam.

Tindakan sama diambil Ketua Bersatu Bahagian Klang Datuk Syed Abdillah Syed Abd Aziz yang membubarkan Bersatu Klang petang ini kerana hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan.

Untuk rekod, Bersatu Kuala Selangor mempunyai lebih 2,000 ahli manakala Bersatu Klang dianggotai hampir 3,000 ahli.

Pada Jumaat, ADUN Kluang Salehuddin Amiruddin dan ADUN Batang Kali Harumaini Omar turut menyertai pengumuman penubuhan parti baharu oleh Dr Mahathir di ibu negara. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Walau apa pun TSMY tetap kami sokong kerana beliau jujur dan berjiwa rakyat. Tiďak seperti madey yang berjiwa nepotisme dan pentingkan keluarģa. Malang bagi ahlinya yang seperti kena sihir.

  2. Terbaikkkk pada yg terus menyokong TUN… Kekal bermaruah kekal integriti….Tabikkk semua

Comments are closed.