KUALA LUMPUR – Sesiapa sahaja bebas untuk menubuhkan parti politik namun ia akan dinilai rakyat.
Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa berkata, sekiranya parti yang ditubuhkan itu dilihat sebagai agenda nepotisma, kronisma dan peribadi maka ia parti akan ditolak rakyat.
“Lebih parah lagi kiranya ia bersekongkol dengan DAP…pasti di talkinkan awal,” katanya dalam akan Twitter hari ini.
Pada Jumaat lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengumumkan penubuhan menubuhkan sebuah parti baharu walaupun sebelum ini beliau berpendapat jumlah parti politik yang terlalu banyak menyebabkan negara ini tidak stabil,
Kata bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, parti tersebut akan jadi kuasa ketiga dalam politik negara.
Semalam, Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan, Tan SriĀ Rais Yatim berkata, tindakan Dr. Mahathir menubuhkan satu lagi parti politik Melayu disifatkan hanya menimbulkan lebih banyak perpecahan dalam kalangan orang Melayu di negara ini.
Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan itu memberitahu, parti politik bertunjangkan bangsa Melayu sudah banyak selain asas penubuhan parti baharu itu juga dilihat kurang jelas.
Bagaimanapun Annuar berpendapat penubuhan parti baharu itu tidak semestinya menimbulkan lebih banyak perpecahan.
“Mungkin juga ia memudahkan pengundi menolak antah antah politik once n for all PRU akan dtg…,” katanya. – MalaysiaGazette
Belah lah woiii… Amno dh x laku.. Jgn perasan