Bekas Ketua Menteri Pulang Pinang, Lim Guan Eng bersama isteri, Betty Chew (kiri) dan anaknya, Marcus Lim (tengah) semasa hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes projek terowong dasar laut Pulau Pinang di Mahkamah Butterworth, Pulang Pinang. foto HAZROL ZAINAL, 10 OGOS 2020.

BUTTERWORTH – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang,  Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah pertuduhan meminta suapan untuk dirinya sebanyak RM3.3 juta dalam projek terowong bawah tanah.

Beliau dengan wajah selamba berkata ‘mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan’.

Proses mitigasi wang jaminan sedang berjalan ketika ini dan ada permohonan supaya kes itu ditukar ke Mahkamah Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan boleh dikenakan hukum penjara tidak lebih dua puluh tahun dan denda tidka kurang lima kali ganda suapan atau sepuluh ribu ringgit mengikut mana-mana yang tinggi.

Prosiding ketika ini masih lagi berjalan di hadapan Ahmad Azhari Abdul Hamid manakala pendakwaan di ketuai Ahmad Akram Gharib. -MalaysiaGazette