Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berucap pada Majlis Memperkenalkan Calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N. 58 Slim di Slim Permata, Slim, Perak. foto AFFAN FAUZI, 12 OGOS 2020

SLIM RIVER – Rakyat negara ini jangan berfikiran bahawa UMNO adalah parti yang sudah bersih sepenuhnya pada hari ini.

Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, anggapan itu perlu dibuang walaupun bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak sudah jatuh dan tidak lagi memegang jawatan tertinggi.

Bekas Menteri Kedah itu berkata, ini kerana budaya salah guna kuasa masih berterusan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi agihan jawatan tertentu.

“Kini jawatan tertinggi GLC (syarikat milik kerajaan) dan timbalan menteri hingga wakil kerajaan luar negara yang bertaraf menteri.

“Esok pula kita akan bahas di Dewan Rakyat dan ada bajet dulu satu kementerian di PH kini bajet pecah kepada tiga kementerian pula di bawah PN yang menggunakan wang yang banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas majlis memperkenalkan calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim mewakili parti baharu diketuai bapanya di Taman Slim Permata malam ini.

Parti yang diasaskan oleh bekas enam Ahli Parlimen Bersatu yang diketuai bekas pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sebagai calon mereka atas tiket bebas.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata istilah khianat kini kerap digunakan kerana kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini adalah kerajaan yang dianggap tebuk atap atau pintu belakang.

“Khianat datang dari orang yang kita yakini seperti adik-beradik dan kawan yang dipercayai. Orang ini tikam belakang dan melakukan khianat,” katanya.

Sementara dalam sidang media, Mukhriz tidak menyangka majlis itu mendapat sambutan luar biasa walaupun hanya pengumuman seorang calon bebas. – MalaysiaGazette

9 Komen

  1. Sang Mukhriz jangan sangka anak Hatok KUTTY akan menjadi PM Dan jangan sangka anak KUTTY menang DUN Dan Parlimen PRU15 nanti. DAP dan PKR pasti sudah bersedia melangkah laju jauh dari keturunan KUTTY tu tidak percaya tunggu..

  2. Jangan kutuk UMNO lah. Mukhriz dan ayahnya harus berterima kasih pada UMNO kerana mereka dapat jadi kaya raya semasa mereka bersama parti keramat ini. Mahathir’s family is a bunch of ungrateful people.

  3. Oooiii ko lagi kotor dari umno!! Sedar diri oooiii nk berpolitik jangan aniaya orang.. Dosa fitnah korang tu lah buat korang tergolek dog!! Org bangang je yg masih ikut dan percayakan korang…

  4. Semakin bnyk parti MeLayu..semakin kuat doktrin rasist “ketuanan atau supremacy MeLayu” dinegara malaysia ‘yg merdeka ” tahun 1957 bulan ogos 31 ini..”..”Merdeka MALAYSIAAA…14 jalur merah putih lambang 14 negeri..yeah!..sabh sarawk adalh negeri bkn ‘rsksn sekutu Mslaya dlm pembentukan MALAYSIA’!…pembohong!!! Penipu!!!

  5. Tolong siasat la si mukhriz ni banyak cakap…. Siasat dr mana hasik kekayaan berbilion dia… Rakyat nak tahu kebenaran nya..

  6. Tak payahlah nak tengok dan jaja keburukan orang lain. Parhi bagu kau tu tu lebih buruk lagi. Kau aje yang perasan bagus. Ramsi orang lain yanv bagus bagus boleh jadi presiden. Malangnya mereka jafi macam lembu dan termakan nasi kangkang atok madey.

Comments are closed.