Keadaan kawasan kemalangan membabitkan kereta api penumpang di Aberdeenshire, Scotland. Foto Agensi

EDINBURGH – Tiga orang maut termasuk pemandu dan konduktor keretapi selepas kereta api penumpang tergelincir di Aberdeenshire.

Seorang lagi mangsa yang terbunuh adalah penumpang, kata ScotRail.

Nahas itu berlaku selepas kereta api berkenaan merempuh tanah runtuh yang berlaku ekoran hujan lebat dan ribut petir hingga menyebabkan banjir kilat dan gangguan perjalanan di seluruh Scotland.

Kemalangan yang berlaku pada jam 6.38 pagi itu membabitkan perkhidmatan ScotRail dari Aberdeen ke Glasgow Queen Street.

Enam mangsa dikejarkan ke hospital tetapi kecederaan mereka dilaporkan tidak parah.

Ketua Supritendan Eddie Wylie berkata, jumlah penumpang yang berada di dalam kereta api itu sedang dikira.

”Saya tahu ramai orang tertanya-tanya mengenai kejadian ini dan kami akan bekerjasama rapat dengan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Kereta Api dan Pejabat Rel dan Jalan untuk menyiasat bagaimana kereta api itu tergelincir,” katanya.

Dalam pada itu, Kesatuan Sekerja Rel, Maritim dan Pengangkutan menyifatkan kematian pemandu dan konduktor kereta api itu adalah berita yang sangat menyedihkan.

Satu sumber industri kereta api memberitahu perkhidmatan kereta api tersebut pada awalnya dihentikan operasinya kerana banjir.

Namun, pemandu telah meminta kebenaran menukar trek untuk meneruskan perjalanan ke Glasgow.

Tetapi kereta api tersebut melanggar tanah runtuh dan tergelincir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast