Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Tindakan kompaun yang dikenakan ke atas Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai berat sebelah apatah lagi selepas beliau berdolak-dalih berhubung kegagalannya mematuhi arahan kuarantin di rumah.

Ini kerana, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali semalam telah mengeluarkan kenyataan tidak boleh ada tindakan dua darjat ke atas mana-mana pihak yang gagal memahami prosedur operasi standard (SOP) berkaitan wabak Covid-19.

Bahkan menurutnya sesiapa yang melanggar SOP akan diadili, tindakan akan diambil dan kerajaan perlu telus buat siasatan.

Artikel berkaitan:Menteri dikompaun RM1,000 oleh KKM

Khairuddin mohon maaf, sumbang 4 bulan gaji kepada Tabung Covid-19

Khairuddin ada imunitikah? – Guan Eng

Khairuddin langgar SOP kuarantin, Pemuda Amanah buat laporan polis

Khairuddin terlepas tindakan?

Untuk rekod seorang wanita warga emas dihukum penjara sehari dan denda RM8,000 kerana gagal menjalani kuarantin kendiri.

Manakala pencetus Kluster Sivagangga pula dipenjara 5 bulan dan denda sebanyak RM12 000.

Ketua Biro Wanita AMK Terengganu, Yuslaini Azmi berkata, terdapat banyak lagi kes rakyat biasa dijatuhkan hukuman penjara dan membayar denda lebih RM1,000.

Malah, menurut kenyataan media seminggu lepas tiada lagi kompaun, pesalah akan terus ke mahkamah.

”Apa istimewanya Khairuddin sehingga dijatuhkan kompaun cuma RM1,000? Inikah keadilah yang disembangkan para menteri hari ini?

”Contoh terbaru negara Ireland di mana menteri yang melanggar kuarantin sudah meletakkan jawatan setelah dikritik orang ramai tetapi di Malaysia pesalah dilindungi dan cuma berani mengeluarkan permohonan maaf melalui kenyatan media.

“Tak malukah menteri seperti ini? Inikah contoh pemimpin Islam yang baik, menipu rakyat dan terus guna nama agama untuk berada di tampuk kuasa?” soalnya.

Yuslaini turut mengkritik Harakah Daily yang didakwa cuba lari daripada isu utama dan menjatuhkan kesalahan pada DAP sedangkan isu utamanya adalah seorang menteri telah melanggar prosedur operasi standard kuarantin yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut Yuslaini, kandungan berita dalam lidah parti Pas itu juga cuba memutar-belit kenyataannya, malah berniat menjatuhkan imej dan reputasi Teresa Kok.

Lantaran itu, beliau meminta Harakah Daily membuat permohonan maaf kerana berniat memanipulasi rakyat degan kenyataan yang sedemikian rupa. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Menteri ini adalh dripda parti islam Pas, yg berckp siang mlm tntg pemerintahn islam serta keadiln pemerintahan islam..adakh kes double standard spt ini yg dimksdkn dgn ‘keadiln dlm pemerinthn islam?..ini baru kes sivil, apa lagi dgn brkaitan hukum hakam islam yg mungkin boleh brlaku kekhilafan dan brlainan isthad masing2..sbb itu hukum hudud ini sdh bnyk negara yg tdk lagi mengamlknnya..

Comments are closed.