Abdul Jalil Ghani

KOTA KINABALU – Pimpinan Warisan seperti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sepatutnya lebih banyak bermusabahah bagaimana kerajaan diterajui olehnya tumbang dalam tempoh dua tahun sahaja memerintah Sabah.

Malah dengan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti yang diharapkan oleh Mohd Shafie yang kini menjadi Ketua Menteri Sementara Sabah harusnya lebih fokus untuk menangi Pilihan Raya Negeri (PRN) daripada berterusan menuding jari kepada pihak lain.

Baru-baru ini Mohd Shafie seperti enggan mengalah dan menjawab persoalan ditimbulkan oleh bekas Menteri Luar,  Datuk Seri Anifah Aman berhubung tuntutan Filipina terhadap Sabah.

Mohd Shafie tidak begitu gembira dengan persoalan Anifah yang menyoal mengapakah beliau sebagai pemimpin nombor satu Sabah hanya sekadar mendiamkan diri apabila Filipina membuat dakwaan sehingga menganggu kedaulatan negeri.

Sebaliknya Mohd Shafie bertanya apakah pula sumbangan Anifah ketika masih menjadi Menteri Luar terutamanya dalam isu berkaitan tuntutan seperti Filipina itu.

Menurut penganalisis politik tempatan, Abdul Jalil Abdul Ghani pada masa ini sepatutnya Mohd Shafie lebih sedar diri daripada berterusan cuba memainkan retorik kononnya beliau adalah mangsa keadaan.

Kata Abdul Jalil, hakikatnya adalah satu ‘kebodohan’ untuk menyoal sumbangan Anifah kerana mungkin ianya jauh lebih banyak berbanding apa yang telah dilakukan oleh Shafie selama ini.

“Saya tidak faham mengapa asyik-asyik hendak salahkan semua pihak dipersalahkan oleh pimpinan Warisan atas kegagalan mereka sendiri. Hentikan perbuatan sia-sia ini kerana rakyat di negeri ini juga tidak begitu ‘lurus’ seperti yang anda fikir. Masing-masing sudah lama celik dan tahu apa berlaku di sekeliling mereka.

“Soalan Anifah senang sahaja, mengapa sebagai Ketua Menteri, Mohd Shafie hanya mendiamkan diri dan selepas seketika meminta pula Datuk VK Liew untuk mengeluarkan kenyataan balas terhadap Filipina, mengapa bukan Mohd Shafie sendiri.

“Jika Ketua Menteri lain pastinya mereka sendiri yang tampil melompat mendengar tuntutan seperti ini, Sabah ini kita punya, milik kita. Apabila ada negara asing tanpa segan silu mahu menuntutnya, kita lawan balik bukan diamkan diri,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Sambung Abdul Jalil, dirinya cukup mengenali Anifah sedia maklum bekas penyandang kerusi Kimanis itu dari awal penglibatannya dalam dunia politik sehinggalah ke saat akhir menjawat jawatan Menteri Luar, Sabah terus menjadi keutamaannya.

Jelas Abdul Jalil, ada juga bertanya kenapa pada masa Anifah menjadi Menteri Luar tuntutan terhadap Filipina tidak diselesaikan sehingga ianya berlarutan ke hari ini.

“Untuk makluman di bawah Anifah, Wisma Putra tetap berpegang teguh kepada pengiktirafan oleh PBB dan komuniti antarabangsa di mana Sabah adalah sebahagian dari Malaysia sejak persekutuan ini ditubuhkan pada 16 September 1963.

“Kerana itu, tuntutan Filipina atau negara asing lain tidak dilayan atau tidak perlu dibicarakan ke peringkat antarabangsa kerana ia seakan-akan mengiyakan lagi tuntutan berkenaan.

“Melalui cara Anifah ini, hubungan diplomasi Malaysia dan Filipina tidak terjejas tetapi bandingkan pula dengan malapetaka diplomasi yang berlaku pada 22 bulan bersama Pakatan Harapan. Mungkin itu juga penyebab mengapa isu ini di pandang ringan oleh kerajaan Mohd Shafie,” tegasnya.

Sebelum ini, pada 27 Julai lalu, Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr mendakwa Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia pada ketika negeri itu dalam keadaan tunggang langgang dengan isu kehangatan pertukaran kerajaan negeri.

Jelas Abdul Jalil lagi, seandainya mahu bercakap pencapaian beliau ketika menjadi Menteri Luar bagi warga Sabah, terlampau panjang pula senarainya dan pastinya ada banyak juga pimpinan Warisan tidak tahu.

“Selepas membuktikan kewibawaan anak Sabah sebagai seorang menteri kanan di dalam Kerajaan Persekutuan, Anifah turut menyediakan platform untuk rakyat Sabah menyerlahkan kehebatan mereka.

“Kewujudan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Holy See dan seterusnya, penubuhan Kedutaan Besar Malaysia di Holy See sebagai pencapaian yang penting dalam diplomasi antarabangsa Malaysia.

“Malah lantikan Tan Sri Bernard Dompok sebagai Duta Besar Malaysia ke Holy See juga merupakan pengiktirafan kepada Sabah kerana Bernard Dompok itu anak Sabah.

“Bawah Anifah, jumlah duta dan timbalan duta daripada Sabah telah meningkat secara mendadak. Anifah juga telah memastikan bilangan orang Sabah yang diberi lantikan sebagai duta dan timbalan duta adalah yang paling tinggi di dalam sejarah Malaysia,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Shafie marah Anifah dakwa dirinya tak peduli isu tuntutan Filipina

“Ramai juga tidak tahu Anifah merupakan Menteri Luar pertama daripada Malaysia membawa satu delegasi yang terdiri daripada pihak media Sabah ke mesyuarat PBB yang pastinya peluang keemasan jarang sekali diperoleh,” ujarnya.

Malah Kimanis ketika di bawah BN dan wakil rakyatnya Anifah, banyak perubahan, kemajuan serta kemodenan telah dibawa bagi masyarakat di situ.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Shafie, jawab dulu kenapa diam ketika Filipina tuntut Sabah? – Anifah

2 Komen

  1. Shafiee afdal kan anak Murid mahadir. Sebab itu lah Dia Ikut Cara mahadir letak jawatan dengan membubarkan dun. Tetapi dia tidak berfikir berapa banyak kah Wang Rakyat dibelanjakan untuk pilihan raya Kecil Negeri Sabah. Sepatutnya boleh mambantu pakir2 meskin yang ada dalam negeri Sabah.

Comments are closed.