NEW YORK – Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berharap wabak koronavirus akan berakhir dalam tempoh kurang dari dua tahun.

Bercakap di Geneva, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, selesema Sepanyol yang berlaku pada tahun 1918 mengambil masa tahun untuk diatasi.

Tetapi, katanya, kemajuan teknologi saat ini dapat memungkinkan dunia menghentikan koronavirus “dalam waktu yang lebih singkat”.

“Sudah tentu dengan lebih banyak hubungan, virus mempunyai peluang lebih baik untuk menyebar,” katanya.

“Tetapi pada saat yang sama, kita juga memiliki teknologi untuk menghentikannya dan pengetahuan untuk menghentikannya,” katanya, menekankan pentingnya “perpaduan nasional, perpaduan global”.

Selesema Sepanyol embunuh sekurang-kurangnya 50 juta orang.

Koronavirus setakat ini telah membunuh hampir 800,000 orang dan menjangkiti 22.7 juta orang

Menjawab tentang rasuah berkaitan dengan alat pelindung diri (PPE) semasa wabak, beliau mengambarkan ia sebagai satu jenayah.

“Segaka jenis rasuah tidak boleh diterima. Namun, rasuah berkaitan dengan PPE … bagi saya itu sebenarnya satu pembunuhan kerana jika pekerja kesihatan bekerja tanpa PPE, kita mempertaruhkan nyawa mereka. Dan itu juga membahayakan nyawa mereka yang dirawat,” jawabnya.

Walaupun persoalan itu berkaitan dengan tuduhan rasuah di Afrika Selatan, sebilangan negara telah menghadapi masalah serupa.

Pada hari Jumaat, tunjuk perasaan diadakan di ibu negara Kenya, Nairobi atas tuduhan melakukan rasuah semasa wabak itu, sementara doktor dari sejumlah hospital awam di kota melakukan mogok kerana gaji yang tidak dibayar dan kekurangan PPE. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast