Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mendakwa daulah terpendam “atau sesiapa yang berkenaan” di Pesuruhjaya Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) sengaja menyusahkan syarikat-syarikat farmaseutikal untuk melantik orang ramai bagi menjalani ujian klinikal bagi menguji vaksin dan terapi Covid-19.

Komen di Twitternya itu disiarkan selepas Reuters membuat laporan eksklusif pada Khamis lalu yang mengatakan seorang pegawai tinggi FDA berkata, beliau sanggup meletakkan jawatan jika pentadbiran Trump meluluskan satu vaksin sebelum ia dibuktikan selamat dan efektif.

“Sudah jelas mereka berharap untuk menangguhkan jawapan tersebut sehingga 3 November nanti. Mereka perlu fokus untuk cepat (mengeluarkan vaksin berkenaan) dna menyelamatkan nyawa,” kata Trump sambil meletakkan tag nama Pesuruhjaya FDA, Stephen Hahn di Twitter.

Speaker Dewan AS, Nancy Pelosi berkata, kenyataan tersebut adalah merbahaya dan presiden sudah melampau apabila menuduh FDA bermain politik.

FDA bagaimanapun tidak memberikan komen segera berhubung perkara ini. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast