Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini menarik balik dua Rang Undang-undang (RUU) untuk meminda Perlembagaan Persekutuan agar jawatan Perdana Menteri tidak melebihi dua penggal.

RUU untuk mengehadkan tempoh khidmat jawatan Perdana Menteri itu di dibentangkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penarikan balik RUU itu mengikut Peraturan Mesyuarat 62, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,

RUU itu mencadangkan pindaan dibuat ke atas Klausa 2 (a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan bagi menghadkan tempoh khidmat jawatan tertinggi pentadbiran itu kepada hanya dua penggal Parlimen.

Pindaan yang membabitkan Fasal 2 (a) Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan itu mencadangkan seseorang ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri jika beliau pernah memegang jawatan itu bagi tempoh dua penggal Parlimen.

Usaha mengehadkan tempoh seseorang memegang jawatan Perdana Menteri kepada hanya dua penggal adalah salah satu manifesto pilihan raya PH.

Selain RUU itu, Takiyuddin juga mengumumkan keputusan untuk menarik balik RUU Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC).

Katanya, RUU itu akan dibahaskan dan akan menjalani proses pengundian pada sidang Dewan Rakyat yang sedang berjalan sekarang.

RUU IPCMC dibentangkan pada Julai tahun lepas selepas 24 pindaan. – MalaysiaGazette