Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani akan terus menghargai dan mengiktiraf setiap peranan pekerja yang menjadi penggerak utama kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan negara.

Perdana menteri berkata, Malaysia meraikan Hari Pekerja hari ini bukan sebagai agenda pesta tahunan tetapi mengiktiraf setiap peranan pekerja daripada peringkat rendah hingga ke pengurusan.

Dalam ucapan sempena Hari Pekerja hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hari pekerja tahun ini akan memberikan rangsangan supaya pengiktirafan itu yang diberikan dari segi ganjaran, rasa hormat dan ihsan dapat dipertingkatkan.

“Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia!

“Mewakili Kerajaan Madani, saya ucapkan terima kasih atas usaha dan kerja kuat kalian selama ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast