Mazlan Lazim

KUALA LUMPUR – Seorang anak VIP antara 34 individu yang ditahan polis kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana berparti di sebuah kelab malam di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).

Anak kepada VIP itu dikatakan mabuk semasa ditahan sepasukan anggota polis sekitar jam 1.20 pagi sebelum di bawa ke balai polis berhampiran.

Mengesahkan kesahihan maklumat itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, serbuan di pub itu dilakukan selepas mendapat aduan orang ramai.

Menurutnya, pada 1.20 pagi pada 22 Ogos lalu, polis menyerbu sebuah pub yang terletak di Jalan Rahim Kajai 14, TTDI di sini.

“Hasil pemeriksaan, polis telah menahan seorang lelaki India berumur 37 tahun dipercayai merupakan pengurus premis, seorang lelaki warganegara Bangladesh dan tiga wanita warganegara Filipina yang disyaki merupakan pekerja di premis berkenaan.

“Siasatan lanjut mendapati premis tersebut dibuka tanpa lesen perniagaan yang sah di sisi undang-undang.

“Selain itu, pihak polis turut menahan 20 lelaki dan sembilan wanita warganegara tempatan dipercayai pengunjung premis dan telah berada di premis tersebut melebihi had masa yang dibenarkan dalam tempoh PKPP,” katanya.

Tambah beliau, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan pemilik premis menggaji warganegara asing dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Seksyen 76 Akta Eksais 1976 dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(no.7) 2020.

Menurut Mazlan, keempat-empat suspek warganegara asing yang berumur dalam lingkungan 33 hingga 52 tahun ditahan reman selama 14 hari bermula pada 22 Ogos sehingga 4 September ini bagi siasatan lanjut.

Manakala, 29 orang warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan 21 hingga 48 tahun dikenakan kompaun RM1, 000 setiap seorang.

“Polis Kuala Lumpur menegaskan tidak mengamalkan double standard dan tidak sesekali berkompromi terhadap mana-mana individu termasuklah anak VIP tersebut yang didapati melakukan kesalahan melanggar PKPP dan mereka telah dikenakan tindakan yang sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan,” tegasnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya dengan cara menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana–mana balai polis berdekatan.

Terdahulu tular berita mengenai anak VIP berkenaan kononnya anak kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir iaitu Meera Alyanna dan didakwa terlepas daripada dakwaan PKPP. – MalaysiaGazette

 

8 Komen

  1. Dato dia tak hantar dia mengaji ugama ke. Muka dan cara duduk nampak macam budak lorong belakang je. Gambar duduk pun tak sopan.

  2. Sad to hear that the granddaughter of the old man has embarrassed him badly. Perhaps her indecent behaviour might have dented the old man’s ego and tarnished his public image. Guys believe me, ever since the fall of PH in Feb. 2020, bad karma is haunting every party within PH. All their lies and mishandling of the country’s economy is coming to light. All these exposures have surprised the rakyat and we are seeing the evils of PH. Our learning point will be, next time don’t trust PH as PH is a disaster for Malaysia and its beautiful people. Let us elect a government that will work for us and take care of us. May God save Malaysia and make great again, amen!

  3. Dulu anak makan dadah, anak saya macam anak orang lain juga!

    Kini cucu minum todi, cucu saya macam cucu orang lain juga?

    Anak cucu hangpa la tu, anak cucu aku tak macam tu!!!

  4. Apa ini anak pemimpin PH, sorang kaki dadah dan seorang lagi kaki mabuk, macam ini ke bakal pemimpin negara.

Comments are closed.