Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz beramah mesra bersama pegunjung pasar malam semasa sesi walkabout sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 Slim di pasar malam Pekan Slim River, Perak. foto MOHD ADZLAN, 27 OGOS 2020.

SLIM RIVER – Menjelang hari terakhir kempen, calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Zaidi Aziz mengambil kesempatan bertemu dengan petugasnya.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim itu berkata, pertemuan itu penting untuk memberi kata-kata semangat kepada mereka akan bertugas membawa para pengundi esok.

“Hari terakhir kempen, saya berjumpa jentera yang akan bertugas esok yang akan mengeluarkan pengundi. Saya juga akan pergi semua ke Pusat Daerah Mengundi dan cawangan untuk  pastikan mereka sihat, selamat dan cergas di pagi hari esok di semua tempat.

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz menunaikan solat jumaat sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 Slim di Masjid Kuala Slim, Perak. foto AFFAN FAUZI, 28 OGOS 2020

“Kempen saya juga sudah mencapai 100 peratus namun saya masih lagi atur perjumpaan jumpa lagi dan akan bertemu lagi pengundi Pas untuk memberi keyakinan lebih kukuh bagi mendapat undi esok,” katanya di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim ini, BN pertaruhkan Mohd Zaidi Aziz, 43, yang juga pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim bagi mempertahan kerusi berkenaan, manakala peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, bertanding atas tiket Bebas mewakili kem bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad manaka seorang lagi calon Bebas ialah S. Santharasekaran, 42. – MalaysiaGazette