Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali

SLIM RIVER – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengesahka telah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman malam tadi berhubung kegagalan mematuhi kuarantin wajib di rumah selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, sesi itu bermula pukul 8.45 malam selama dua jam bersama tiga lagi ahli keluarga.

Jelas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu, ia pertama kali beliau dipanggil polis dan bukannya sebanyak dua kali seperti yang dilaporkan sesetengah media.

“Semalam, saya ke Bukit Aman itu kali pertama dan bukan dua kali seperti dilaporkan setengah media. Media yang buat cerita tidak betul kena tegurlah.

“Baru semalam saya pergi dari jam 8.45 hingga 10.45 selama dua jam sebagai keterangan yang sepatutnya untuk isu yang dibangkitkan sekarang.

“Bakinya tunggu daripada pihak dan saya tidak pasti kena panggil lagi dan saya dari awal puas hati (siasatan) dan umum maaf kekhilafan dan saya pulang gaji bulan Mac sampai Ogos untuk rakyat kerana Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Program Jom MSPO Negeri Perak di sini hari ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali bercakap kepada media selepas Program Jom MSPO Negeri Perak sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Dewan Tan Sri Haji Razali, Slim River, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 28 OGOS 2020.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali (tengah) bergambar bersama peserta selepas Program Jom MSPO Negeri Perak sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Dewan Tan Sri Haji Razali, Slim River, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 28 OGOS 2020.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali mengaminkan bacaan doa pada Program Jom MSPO Negeri Perak sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Dewan Tan Sri Haji Razali, Slim River, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 28 OGOS 2020.

Ditanya isu itu menjejas tumpuan kerjanya ketika ini, Mohd. Khairuddin berkata, apa yang penting beliau akan membuat kerjanya seperti biasa.

“Tidak ada, biasalah manusia mana yang tidak buat silap,” katanya.

Mengulas terdapat petisyen yang mendesak beliau meletak jawatan, Mohd. Khairuddin menjelaskan, beliau tidak membuat kesalahan melibatkan kerjanya.

“Tapi hanya kekhilafan SOP (Prosedur Standard Operasi) itu pun saya tida mahu buat kenyataan panjang dan serah pihak polis dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk keluar kenyataan dan sudah selesai,” katanya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Selepas ini adakah parti ini masih ada suara utk menegakkan maqasid syariah sedangkan tindakan pemimpin mereka sendiri mengingkarinya.

  2. Apalah Anjing2 DApigs nih dok melalut macamlah bagi projek billion of ringgit dan dah hancurkan Malaysia macam PHaruupun…. Jangan over sangat bro, Khalid sorang meroyan dah le….. Bukan dia pergi mabuk dekat bar pun…biarlah KKM n PDRM siasat habis.

Comments are closed.