TERKINI : Jangan Terlalu Selesa Bila Menang Semalam – Annuar Musa

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa menasihati agar gabungan itu untuk tidak terlalu selesa selepas memenangi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak semalam.

Ujarnya, sikap selesa dengan segala kemenangan yang kecapi oleh BN sejak PRK Cameron Highlands boleh membawa situasi bahaya kepada gabungan itu kelak.