TERKINI : ABANG BOMBA 26 Hari Kayuh Solo, Ingin Bantu Keluarga Anggota Bomba Yang Terkorban

Seorang pegawai bomba sanggup berkelana sejauh 2,020 kilometer bagi mencari sumbangan menerusi kayuhan solo ‘Mencari Hati Emas’ bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 2020.

Mohd Fahrul Munir Mohd Isa, 38, mengambil masa selama 26 hari bermula 6 Ogos lepas untuk memulakan misinya bagi mendapatkan sumbangan amal dari 103 balai bomba di seluruh semenanjung.