Ismail Sabri Yaakob government corruption MACC
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Polis DirRaja Malaysia (PDRM) telah mengadakan sebanyak 220 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib selama 14 hari di kediaman masing-masing.

Menurutnya, kesemua individu yang dikuarantin itu telah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“PDRM bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa melakukan pemeriksaan dan pemantauan ketat terhadap individu-individu terbabit bagi memastikan SOP sentiasa dipatuhi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, seramai 20,455 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa negara.

Ujarnya, kesemua mereka kini telah ditempatkan di 73 buah hotel dan empat Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

“Daripada jumlah itu, seramai 8,917 individu sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 56 lagi individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Justeru, seramai 11,482 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang oleh hospital,” katanya sambil menambah kesemua mereka telah pulang dari 32 negara.

Negara-negara itu adalah Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja,
Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, UK, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand  dan  Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette