Datuk Azizman Alias menhgesahkan imej notis tunggakan saman trafik yang tular dalam media sosial adalah benar dan telah dihantar kepada orang kena saman oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman mengesahkan imej notis tunggakan saman tular yang dikatakan palsu oleh orang awam sebenarnya sahih.

Pengarah JSPT, Deputi Komisioner Datuk Azizman Alias berkata, pihaknya memang telah mengeluarkan surat peringatan notis saman trafik tertunggak itu kepada pengguna jalan raya.

Beliau berkata demikian selepas pihaknya mengesan penularan sekeping imej yang menimbulkan kegusaran masyarakat mengenai surat peringatan notis saman trafik yang dikeluarkan oleh JSPT dikatakan palsu.

“JSPT ingin mengesahkan bahawa surat peringatan notis saman berkenaan adalah benar dan dikeluarkan kepada orang kena saman yang mempunyai saman tertunggak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Azizman ru beliau meminta orang ramai yang menerima notis berkenaan supaya segera membuat semakan saman di mana-mana kaunter saman trafik, ibu pejabat polis daerah di seluruh negara.

“Orang ramai juga boleh semak tunggakan saman masing-masing melalui beberapa saluran semakan sebagaimana yang dinyatakan dalam surat peringatan berkenaan.

“Pembayaran saman pula boleh dibuat melalui kaunter saman trafik di setiap ibu pejabat ;olis derah, pejabat Pos Malaysia dan Mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM) Maybank.

“Sekiranya berurusan di kaunter saman, orang ramai diingatkan agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang sedang dikuatkuasakan demi kebaikan bersama,” tegasnya.-MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.