Shahir Adnan
Shahir Adnan

KUALA LUMPUR- Kerajaan digesa supaya menyemak kembali cadangan untuk mengenakan caj pembelian dalam sebanyak 0.02 peratus atau 20 sen.

Ketua Dewan Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Shahrir Adnan berkata, meskipun caj tersebut hanyalah 20 sen namun pembeli di negara ini telah pun dikenakan cukai perkhidmatan.

“Jangan bebani rakyat dengan perkara-perkara tidak masuk akal seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Timbalan Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Zahidi Zainul Abidin memberitahu, kementerian bercadang mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 20 sen bagi pembelian dalam talian di bawah RM1,000 dan 40 sen bagi pembelian bernilai lebih RM1,000.

Langkah tersebut katanya adalah untuk menambah kewangan atau mengumpul dana khas bagi membantu golongan B40.

Ini termasuk untuk menambah baik pembangunan komunikasi di luar bandar.

Dalam pada itu, Shahrir dalam kenyataan yang sama meminta para pemimpin negara untuk berhenti membuat kenyataan membuli pelajar Universiti Malaysia Sabah, Veveonah Mosibin sebaliknya memuhasabah diri untuk membantu rakyat.

Tegasnya, meskipun telah 63 tahun merdeka, masih terdapat kawasan yang tidak mempunyai capaian Internet.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast