Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa pendakwaan ke atas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah usaha untuk menghalangnya daripada mengetuai parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, sesiapa sahaja boleh didakwa di mahkamah jika terdapat bukti penglibatannya dengan gejala rasuah.

“Memerangi rasuah adalah agenda utama Pakatan Harapan (PH) dan Index Persepsi Rasuah (CPI) meningkat mendadak di bawah pemerintahan PH daripada kedudukan ke 61 kepada 51 negara paling tidak rasuah.

“Namun, dalam kes Guan Eng ini, adakah pendakwaan ketika musim pilihan raya ini satu usaha untuk menghalang beliau mengetuai kempen pilihan raya DAP di Sabah?,” soal beliau menerusi kenyataan kepada media, hari ini.

Pada 7 Ogos lalu, Guag Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Namun, pada 11 Ogos pula, beliau dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng serta ahli perniagaan, Phang Li Koon dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang atas pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

Guan Eng, Gek Cheng dan Li Koon, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Hakim membenarkan pasangan suami isteri itu dan Li Koon masing-masing diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Oktober ini untuk sebutan semula kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Mat Sabu babun ni bodoh terlebih tonyok ke? SPRM PDRM dan pihak berkuasa lain mungkin mengambilkira kaitan “kesihatan” untuk diberi tolak ansur demi kemanusiaan untuk dihadapkan ke Mahkamah.
    Bangang sangat Mat Sabu ni ambil point PRN Sabah dijadikan isu, Lim Guan Eng bukan masuk penjara lagi, bukan bukan bukan. Bingong Mat Sabu jika nak sangat pergi kempen lepas proses mahkamah pergilah.
    Lainkali jangan tipu kencing rakyat konon DAP jijik dan Haram bagai makan Babi jika makan rasuah. Mat Sabu rasa tidak Haram ke?

  2. DPP : Lim’s case is the “mother of all cases” with a “99%” chance of winning!

    Diyakini banyak lagi kes2 penyelewengan yang disorok2an semasa beliau berkuasa!

    Harap SPRM terus membongkar!

Comments are closed.