Hishammuddin Hussein

KOTA KINABALU – Berunding dengan Filipina mengenai tuntutan ke atas negeri Sabah bermakna Malaysia mengakui bahawa tuntutan itu mempunyai asas, kata Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Justeru, beliau berkata, tiada sebab untuk Malaysia berunding dengan Filipina mengenai tuntutan ke atas negeri Sabah kerana negara ini tidak mengiktiraf tuntutan tersebut.

“Sebelum ini saya telah tegaskan banyak kali, tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak akan dilayan dan Sabah milik Malaysia buat selama-lamanya.

“Perlu difahami, tuntutan Filipina (ke atas Sabah) bukan sahaja tidak berasas malah langsung tidak relevan. Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan tersebut,” menurutnya menerusi kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.

Hishammuddin berkata, pendirian Kerajaan Malaysia tetap kukuh iaitu tidak akan berunding atau melayan tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast