Liew Chin Tong
Liew Chin Tong.

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Negara (DAP), Senator Liew Chin Tong menuduh Datuk Seri Hishamuddin Hussien menggunakan isu hal ehwal antarabangsa sebagai bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Hishamuddin yang merupakan Menteri Luar itu didakwa menyambut isyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyerang Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung isu tuntutan Filipina.

Malah tuduh Chin Tong, Hishamuddin bertindak oportunis untuk cuba menjadikan itu sebagai isu demi menunjukkan dirinya jauh lebih tegas sedangkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang didakwa ‘berlembut’ semasa menjadi Ketua Menteri Sabah dengan tuntutan Filipina.

“Hishammuddin patut letak jawatan kerana menjadikan hal ehwal antarabangsa sebagai isu pilihan raya. Saya amat terkejut apabila Hishammuddin telah menyambut isyarat Najib Razak untuk menyerang Ketua Menteri care taker dengan mendakwa beliau bersikap lembut terhadap Filipina.

“Malah bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman turut membuat dakwaan yang serupa terhadap Mohd. Shafie. Sungguh menjijikkan apabila Hishamuddin bertindak oportunis.

“Hishammuddin telah membuat tuduhan-tuduhan palsu dan patut meletakkan jawatan kerana menggunakan dasar hal ehwal antarabangsa sebagai bahan kempen pilihan raya.

“Kita memerlukan pemimpin yang jujur serta matang,tidak bohong dan memutarbelit kata-kata.

“Adalah lebih baik Malaysia untuk tidak mempunyai Menteri Luar yang mempergunakan isu antarabangsa yang sepatutnya menjadi hal ehwal bipartisan demi faedah politik segera. Tindakan Hishammuddin adalah sangat tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, kata Hishamuddin, Malaysia tiada sebab untuk berunding dengan Filipina mengenai tuntutan negara itu ke atas Sabah kerana tidak pernah mengiktiraf tuntutan berkenaan.

Hishammuddin berkata, seperti pendirian sebelum ini, tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak akan dilayan, sekali gus negeri itu milik Malaysia buat selama-lamanya.

“Perlu difahami, tuntutan Filipina bukan sahaja tidak berasas, malah langsung tidak relevan. Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan tersebut.

“Jadi, tiada sebab mengapa kita perlu berunding dengan mereka. Sekiranya kita buka ruang rundingan, itu bermakna Malaysia akui tuntutan tersebut mempunyai asas.

“Atau sebenarnya memang Shafie anggap tuntutan Filipina berasas?” soal Hishamuddin.

Pada 1 September lalu media melaporkan Kementerian Luar Filipina bercadang membuka semula jabatan khas untuk menggerakkan usaha mendapatkan Sabah daripada Malaysia.

Menurut Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr, pejabat khas itu berada di bawah tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Luar.

Dalam pada itu, kata Chin Tong yang pernah menjadi Timbalan Menteri Pertahanan ketika kerajaan Pakatan Harapan berkata, Ahli Dewan Negara dari DAP, Adrian Lasimbang pernah membahaskan isu itu dan kesemua dari PH menolak tuntutan itu.

“Adalah penting bagi Malaysia dan Filipina kembali kepada persefahaman asal yang dicapai antara Presiden Fidel Ramos dan Tun Dr Mahathir pada tahun 1993, iaitu supaya Sabah tidak menjadi rebutan antara kedua-dua negara.

“Pendirian ini dicerminkan dalam undang-undang Republik Filipina sendiri, apabila Presiden Gloria Macapagal Arroyo dan Kongres Filipina meminda undang-undang yang mendefinisi garis-garis sempadan kepulauan Filipina dengan membuang rujukan terhadap Sabah atau Borneo Utara para tahun 2009.

“Malaysia dan Filipina sedang bersama-sama berdepan cabaran geopolitik di Laut China Selatan, dan justeru seharusnya bekerjasama bagi menghadapi masalah-masalah ini.

“Adalah tidak sesuai bagi mana-mana pihak di Filipina untuk menggunakan isu Sabah sebagai matawang politik demi mendapatkan populariti tempatan dan mengalihkan tumpuan pengundi darioada isu-isu sebenar yang dihadapi negara di Laut China Selatan,” tulisnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Berunding dengan Filipina bermakna Malaysia iktiraf tuntutan ke atas Sabah – Hishammuddin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Apa tong sampah ni mengarut..
    Terbukti kebodohan atuk bg dia jd timbalan menteri.
    Pertahanan pulak tu..Dah la Mat sabun bodoh Ledsham lantik pulak dapigs ni..
    sedap je tuduh org mcm2.
    Aku pun nak tuduh ko jual rqhsia pertahanan negara

Comments are closed.