Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinatwra Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR- Situasi Myanmar dan pembangunan mata wang kripto antara yang dibincangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang mempengerusikan kumpulan penasihat tidak formal kepada Pengerusi ASEAN.

Perdana Menteri berkata, diskusi itu diteruskan bersama bekas Menteri Luar Singapura, George Yeo pada sebelah malamnya.

“Mengadakan pertemuan bermakna petang tadi dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, yang mempengerusikan kumpulan penasihat tidak formal kepada Pengerusi ASEAN.

Foto FB Anwar Ibrahim

“Kami bicarakan pelbagai perkara penting termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam ini.
Anwar pada Disember lalu mengumumkan pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasminya untuk mempengerusikan ASEAN pada 2025.

Pengumuman itu dibuat semasa sidang media bersama dengan Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, yang juga anak perempuan Thaksin, ketika lawatannya ke Malaysia pada 16 Disember di Putrajaya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast