Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menegaskan ia tidak pernah mengeluarkan perakuan pelantikan mana-mana syarikat bagi menguruskan pekerja asing.- Gambar FB KDN.

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menegaskan ia tidak pernah mengeluarkan perakuan pelantikan mana-mana syarikat bagi menguruskan pekerja asing.

KDN dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya telah mengesan penyebaran perakuan palsu mengenai pelantikan syarikat pengurusan pekerja asing di seluruh Malaysia menggunakan nama Ketua Setiausaha KDN Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz @ Yazid.

“Ingin ditegaskan bahawa maklumat ini adalah palsu,” kata KDN.

Menurut kenyataan itu, KDN juga telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan selain menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang pembayaran kepada mana-mana pihak yang mendakwa menguruskan pendaftaran atau program melibatkan warga asing.-BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.