Fotografi bersama pelakon, Siti Elizad pada sidang media Program Bual Bicara Mingguan Wanita Tampil Serba Baharu di Ben's by Big, The Gardens, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 19 JUN 2019.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara Siti Elizad berharap  dikurniakan cahaya mata selepas mula menjalani rawatan kesuburan In Vitro fertilisation (IVF) untuk sesi pertama.

Menerusi Instagram miliknya, Elizad turut berkongsi gambar memaparkan pengalaman ketika dia menjalani rawatan berkenaan.

Wanita berusia 36 tahun itu turut memberitahu, doktor menasihatinya untuk tidak melakukan aktiviti lasak termasuklah aktiviti bermotosikal selepas dua minggu sesi pertama rawatan IVF tersebut.

“Bismillahirahmanirrahim. Kembali untuk menjalani rawatan IVF. Ini baru sesi pertama. Selepas dua minggu lagi, doktor pesan tiada lagi vroom vroom (motosikal) dan aktiviti lasak. Doakan kami ya.

“Jadi dua minggu dari sekarang masih boleh jalan-jalan, naik motosikal cuti sana-sini lagi. Lepas ini kena simpan motor buat perhiasan,” tulisnya.

Untuk rekod, Elizad mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Sebelum ini, dia telah membuang ovari sebelah kiri akibat ketumbuhan sista seberat empat kilogram namun ia tidak mengganggu sistem peranakan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast