Abdul Latiff Ahmad

TAWAU – Kehadiran Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad di Lahad Datu dan Tawau dibatalkan hari ini.

Menurut makluman kementerian itu, kedua-dua program itu tidak diteruskan ekoran penularan Covid-19 dan kluster baharu yang direkodkan semalam.

“Atas keperihatinan Yang Berhormat Menteri dalam keadaan Covic19 di Sabah sekarang, kedua-dua program KPLB di Tawau dan Lahad Datu dibatalkan.

“Segala kesulitan amat dikesali,” demikian tulis mesej berkenaan.

Dr. Abdul Latiff sepatutnya hadir satu program di Lahad Datu bagi merasmikan tabika Kemas Pintar.

Malah beliau turut dijadualkan hadir program Usahawan Luar Bandar dan pelancaran E-Kud di Padang Majlis Perbandaran Tawau.

Semalam Semporna mencatatkan satu lagi kluster apabila lima kes penularan tempatan di Sabah melibatkan dua kes daripada saringan Kluster Benteng LD.

Ia melibatkan seorang warganegara Malaysia dan seorang bukan warga negara; satu kes daripada Kluster Selamat (warganegara Malaysia); satu kes saringan kemasukan ke Hospital Tawau (warganegara Malaysia); dan satu kes saringan sign-off kapal di Pelabuhan Sipitang (warganegara Malaysia).

Sebanyak 21 kes baharu positif Covid-19 dikesan setakat semalam melibatkan lima kes import dengan 16 penularan tempatan.

Sabah terus merekodkan kes tertinggi sebanyak lapan kes baharu hari ini yang terdiri daripada lima jangkitan tempatan dan dua kes import. – MalaysiaGazette