Prokhorov nafi laporan kononnya dia mahu mengambil alih kelab Manchester United

MOSCOW – Kelab Manchester United tidak akan dibeli oleh jutawan Rusia, Mikhail Prokhorov walaupun laporan mengatakan sebaliknya.

Bekas pemilik kelab bola keranjang Brooklyn Nets itu dikaitkan dengan proses pemilikan kelab ketiga paling bernilai di dunia yang dipegang keluarga Glazers.

Hampir setengah bilion peminat Red Devils di serata dunia mengharapkan kelab itu diambil alih daripada Glazers selepas gagal membawa kejayaan sejak tujuh musim lalu.

Pada mulanya Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman dilaporkan mahu membeli kelab berkenaan sebelum mengalih perhatian kepada kelab Newcastle United.

United yang kini ditetapkan pada harga  £3 bilion, dikaitkan dengan jutawan Rusia, menurut Forbes.

Prokhorov dikatakan memiliki kekayaan berjumlah £8.7 bilion.

Laporan di Rusia juga mendakwa ahli perniagaan itu bersedia berunding dengan Red Devils.

Namun Prokhorov, 55, menafikan segala laporan itu.

Prokhorov yang pernah memiliki pasukan bola keranjang telah menjual pegangannya sebanyak 49 peratus dalam francais NBA Brooklyn Nets dengan harga 2.3 bilion dolar AS kepada hartawan China, Joseph Tsai.

Glazers memiliki kelab Red Devils pada 2003 pada harga £850 juta menerusi pinjaman bank.

Kelab itu kini bernilai £3 bilion.

Mana-mana pelabur berpotensi menganggap sukar untuk membiayai pengambilalihan kelab tersebut ketika ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast