Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa jangkaan beliau bahawa sokongan dari UMNO kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai bersyarat adalah sah.

Perkara itu, jelas dapat dilihat menerusi kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sejurus selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau sudah memperoleh majoriti bagi menubuhkan kerajaan baharu.

Ahli Parlimen Langkawi itu yakin sokongan yang diberikan oleh UMNO kepada Anwar pasti bersyarat walaupun ianya tidak diumum.

“Walaupun Datuk Seri Anwar kata yang dia tidak menerima sokongan dari enam Ahli Parlimen yang menghadapi kes-kes mahkamah, sudah pasti yang memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar mempunyai kesetiaan yang lebih kepada Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Ahmad Zahid.

“Jika kemahuan dua pemimpin mereka ini tidak dipenuhi, maka mereka akan bertindak sama seperti mereka lakukan kepada Muhyiddin dan menarik balik sokongan dan jatuhkan kerajaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Mahathir mendedahkan, apa yang berlaku ketika ini adalah sesuatu yang telah beliau nyatakan kepada Muhyiddin sejak awal lagi.

Ketika itu katanya, beliau berpendirian untuk menolak kerjasama dengan UMNO secara en-bloc kerana terpaksa menerima kesemua Ahli Parlimen parti itu, termasuklah orang yang menghadapi puluhan kes di mahkamah.

Bagaimanapun beliau mendakwa, Muhyiddin sanggup bekerjasama dengan UMNO secara en-bloc meskipun tahu boleh diugut oleh parti tersebut jika kemahuan mereka tidak tercapai.

“Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah di Mahkamah Tinggi di atas tujuh tuduhan, kita dapat lihat bagaimana penyokongnya mula memperlihatkan rasa tidak puas hati terhadap Tan Sri Muhyiddin,” ujarnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Cukup cukup laaa Atok Medey…ni semua punca dari ko..laaa ni ko nak laga-lagakan org lain plak..jgn sibuk laaa hal parti lain…tu ko punha pejuwang tu..si Sadiq pun tak hingin!

Comments are closed.