Adik kepada Allahyarham Abam Bocey, Syed Ali Mubarak dilihat sugul sewaktu bercakap pada sidang media khas mengenai penjelasan tindakan balu Allahyarham Abam, Nurhidayah Mohd Ali sewaktu ditemubual oleh Datuk Aliff Syukri di The Port, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 21 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Kesedihan pelawak Ali Puteh yang kehilangan anak perempuan pada usia tiga bulan tahun lalu kini terubat apabila isterinya, Melati Fitri selamat melahirkan anak lelaki pagi tadi.

Bayi seberat 3.07 kilogram itu dilahirkan kira-kira pukul 4 pagi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah salam subuh penghulu segala hari Jumaat… isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. Alhamdulillah!,” tulis Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzua

Sementara itu, Ali dan isteri sepakat menamakan anak lelaki mereka itu Syed Umar Iskandar iaitu sama dengan abangnya yang juga pelawak, allahyarham Abam iaitu Syed Umar Mokhtar.

Pasangan ini memiliki dua orang anak iaitu Sharifah Nur Aaira Qaireen yang berusia dua tahun dan Sharifah Nur Ainul Mardhiah.

Bagaimanapun, Ainul Mardhiah meninggal dunia setelah tiga bulan bertarung nyawa akibat masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang pada 26 November tahun lalu.

Anak perempuannya yang berusia tiga bulan itu menghembuskan nafas terakhir ketika Ali sedang bersaing di pentas Maharaja Lawak Mega 2019. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.