KOTA KINABALU – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Barisan Nasional masih lagi dalam Gabungan Rakyat Sabah dan tiada isu berbangkit mengenai kedudukan tersebut.
“Sudah tentu, kita masih bersama GRS. Tidak ada perubahan,” katanya ditemui wartawan sebaik tiba di The Magellan Sutera Resort di sini.
Ismail Sabri tiba untuk menyertai pertemuan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS yang menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.
Ditanya mengenai calon ketua menteri, katanya, perkara itu akan diputuskan dalam pertemuan kelak dan sehingga kini ia masih belum dimuktamadkan.
GRS terdiri daripada Perikatan Nasional dan Barisan Nasional menang dalam PRN semalam selepas memperoleh 38 kerusi.
Artikel berkaitan: GRS kuasai 38 kerusi – SPR
Sementara itu tiga ADUN bebas yang menang juga menyatakan sokongan terhadap PN. – MalaysiaGazette