Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional menghormati kesepakatan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk melantik Datuk Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri negeri di bawah bayu itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bersesuaian dengan dasar semangat autonomi UMNO Sabah yang telah dipersetuji bersama walaupun beliau dari awal lagi telah menegaskan bahawa jawatan Ketua Menteri Sabah seharusya diserahkan kepada UMNO.

Ini kerana, katanya, UMNO sebagai parti individu yang memenangi jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbesar dalam GRS iaitu 14 kerusi berbanding Bersatu (10), Star (6) dan PBS (7).

“Saya dimaklumkan oleh pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin setelah rundingan dibuat di kalangan ADUN-ADUN GRS yang menang, akhirya bersepakat untuk mencalonkan Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor demi memastikan kepentingan rakyat Sabah dapat segera diperjuangan setelah diabaikan oleh kerajan Warisan dahulu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO justeru berharap semoga kerajaan yang dibentyk ini dapat segera memberi tumpuan kepada pelbagai agenda untuk membela kepentingan rakyat sabah sebagaimana termaktub dalam akujanji. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Syukur…sekurang2nya daripada 1 kerusi tinggal lepas PRU14…skrg bertambah balik jadi 14…tak pe…sekurang2nya UMNO Sabah tak pupus dek katak2 politaik

Comments are closed.