LONDON – Jumlah kes kematian akibat koronavirus di seluruh dunia sudah melepasi satu juta ketika banyak negara masih bergelut dengan lonjakan kes wabak itu.

Data dari Johns Hopkins University menunjukkan separuh daripada kematian itu berlaku di Amerika Syarikat, Brazil dan India.

Pakar-pakar memberi amaran jumlah kes kematian itu mungkin jauh lebih tinggi.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, António Guterres menyifatkan ia adalah berita yang menyakitkan.

Perkembangan itu muncul hampir 10 bulan sejak kes koronavirus mula muncul di Wuhan, China tahun lalu.

Pandemik ini telah menular di 188 buah negara dengan lebih 32 juta kes Covid-19 telah disahkan.

Setakat ini usaha membangunkan vaksin yang efektif masih diteruskan walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kematian boleh mencecah dua juta.

Amerika Syarikat telah merekodkan kadar kematian tertinggi dengan 205,000 kes diikuti Brazil 141,700 dan India 95,500. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast