Tan Sri Annuar Musa

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan pihak Istana Johor ada menghantar permohonan untuk kebenaran merancang sebidang tanah di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

Beliau dimaklumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhasrat untuk membina Istana Johor di atas tanah milik baginda di sini.

“Sultan Johor Sultan Ibrahim mempunyai sebidang tanah di Bukit Persekutuan dan satu permohonan kebenaran merancang telahpun dihantar kepada Jabatan Perancang Bandar DBKL dan sedang dinilai.

“Saya difahamkan Sultan Johor berhasrat untuk membina Istana Johor di tanah milik Tuanku,” katanya pada sidang media di Menara Seri Wilayah hari ini.

Beliau mengulas penularan surat terbuka netizen di media sosial mendakwa kuaters kerajaan di Bukit Persekutuan akan dirobohkan bagi tujuan pembinaan Istana Johor.

Annuar juga menegaskan, isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan kerana ia jelas cadangan pembangunan itu di atas tanah Sultan Johor.

“Perkara itu tidak seharusnya jadi isu. Surat dikata tular tadi saya belum tengok dan ia tidak sepatutnya jadi satu isu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. mengapa tidak kerana itu tanah tuanku..Jadi dia berhak utk membina istana disitu.. kalau tak silap sudah ada 2 istana di situ istana perak dan istana negeri sembilan..

Comments are closed.