Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Virus jangkitan Covid-19 membabitkan kluster Benteng LD, di Sabah yang dikesan mempunyai mutasi D614G berasal dari Indonesia dan Filipina.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan di makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), pihaknya mendapati walaupun mutasi D614G yang sama dikesan bagi beberapa kluster di Kedah, kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

“Kita telah menjalankan kajian strain (mutasi) virus berkenaan di Sabah iaitu Kluster Benteng LD.

“Hasil keputusannya mendedahkan ia juga virus jenis D614G tetapi datang dari Indonesia dan Filipina.

Strain berkenaan Sabah dan Kluster PUI Sivagangga, Kluster Tawar, Kluster Sungai, Kedah kumpulan sama tetapi mempunyai ciri-cirinya yang berbeza,” katanya dalam sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Sehubungan itu, tambah beliau, pihaknya berpendapat kebolehjangkitan virus berkenaan meningkat sedikit jika dibandingkan dengan jenis mutasi lain sebelum ini.

Bagaimanapun, tambah beliau, apa yang penting ialah mengambil tindakan kesihatan awam.

Menurutnya, ia membabitkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), saringan di lokaliti penduduk, pengesanan kontak rapat untuk mengekang penularan itu.

Sebelum ini, Dr Noor Hisham memaklumkan mutasi D614G sebanyak 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain selain mudah merebak sekiranya disebar oleh individu super spreader dalam Kluster Sivagangga. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast