Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Sekiranya tidak berlaku Langkah Sheraton, situasi Covid-19 mungkin tidak seteruk sekarang jika pentadbiran masih di bawah Pakatan Harapan (PH).

Itu rumusan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, jika pentadbiran PH, Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad sudah tentu mampu membendungnya.

“Mungkin, dengan pimpinan Dzulkefly dan kerajaan PH tanpa berlakunya Langkah Sheraton, kita akan mempunyai rekod yang lebih baik berbanding dengan Thailand dalam melawan wabak Covid-19, memandangkan jumlah penduduk di Malaysia adalah kira-kira setengah jumlah penduduk di Thailand, jika kita berjaya mengelakkan daripada berlakunya gelombang kedua di bawah sebuah kerajaan pintu belakang.

“Akibat Langkah Sheraton dan kerajaan pintu belakang ini, sedangkan seluruh dunia sedang risau mengenai gelombang kedua penularan wabak Covid-19, kita perlu merisaukan mengenai penularan gelombang ketiga!” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Kit Siang mempersoalkan sama ada penularan Covid-19 kali ini gelombang kedua atau ketiga.

“Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam telah mengatakan yang negara kita sedang berhadapan dengan ‘gelombang baharu’ penularan wabak Covid-19 memandangkan jumlah kes baharu terus-menerus meningkat.

“Beliau berkata dalam satu sidang media semalam: “Jika kita melihat pada carta, kita mendapati peningkatan kes kebelakangan ini. Ini mungkin permulaan satu gelombang baharu.

“Tetapi, adakah Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang kedua ataupun yang ketiga?

“Para Menteri Perikatan Nasional yang tidak bertanggungjawab sering mendakwa yang negara kita akan berhadapan dengan lebih banyak jangkitan dan kematian akibat Covid-19 di bawah pentadbiran PH namun kebenarannya amatlah berbeza,” katanya.- MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Mungkin Cina tua nie dah nyanyok mcm jugak atok. Mungkin itu sebab ade oerpatah org putih BIRDS OF THE SAME FEATHER FLOCK TOGETHER. SYUKUR KPD ALLAH SWT, PH TUMBANG KERANA PERMAINAN ATOK, JIKA PH MSH JDI KERAJAAN MALAYSIA MUNGKIN HANCHUR LEBUR KERANE TIDAK LANGSUNG PUNYAI PERANCGANGAN UTK BENDUNG PENDEMIK INI.

  2. Bawa ramai2 virus Dapigs China ramai2,geng Atok 95.bagitau KairyJmludin lompat pergi join Atok95 n Apek LKS.xpayah nasihat Umno n jadi Barua.

  3. JANGAN TERUS KOMEN/TUDOH YANG TIDAK BAIK KEPADA SESIAPA YANG LEBIH TUA YANG ADA PENGALAMAN DARI KITA . . NANTI KITA PULA KENA TUDUH MEMPUNYAI PERANGAI BURUK SELALU MENGHINA ORANG TUA KITA DAN SELALU TIDAK HORMAT IBU AYAH KITA SENDIRI KERANA MEMPUNYAI PERANGAI BURUK. . . SELALULAH CERMIN DIRI SENDIRI DULU DAN DIMANA KEDUDUKAN DIRI KITA SEKARANG.

  4. Yang salahnya PRN Sabah lah, Musa Aman tak sabar hendak jadi KM, yang Safie Apdal pula minta PRN. Kalau Musa Aman tidak kacau, spt Anwar juga yang hendak jadi PM, maka akan malapetakalah negara, sepatutnya Anwar buat undi Percaya kepada dia di Parlimen untuk di lantik jadi PM. Ini lah yang seharusnya ahli politik fikir.

Comments are closed.