Syifa Melvin (tiempat dari kanan) turut menghantar Safawi Rasid (empat dari kiri) di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA pada malam Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR – Penghijrahan pemain Harimau Malaya, Safawi Rasid ke Portugal bagi menyertai kelab utama Liga Premier iaitu Portimonense SC bukan sahaja dirasai kehilangannya oleh keluarga dan penyokongnya.

Perasaan yang sama juga dialami pelakon, Syifa Melvin yang juga usahawan.

Video itu juga dimuat naik semula di Insta Story Syifa yang menunjukkan dia sayu melepaskan Safawi yang berjalan masuk ke balai perlepasan.

Sebelum ini, Syifa, 25, dikatakan menjalinkan hubungan dengan pemain berusia 23 tahun itu, namun tidak ada sebarang pengesahan rasmi daripada mereka.

Penghijrahan Safwi ke sana adalah secara pinjaman selama semusim dengan kelab utama Portugal itu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Safawi dipinjamkan setahun, lebar sayap ke Eropah