Pemain JDT, Safawi Rasid melambai tangan ke arah petugas media sebelum berlepas ke Portugal bagi menyertai Liga Premier Portugal bersama kelab Portimonense FC di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. foto FAREEZ FADZIL, 03 OKTOBER 2020

SEPANG – Impian bintang sensasi kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid untuk beraksi di luar negara tercapai apabila berhijrah ke Portugal dan berangkat ke negara itu malam ini.

Tonggak Harimau Malaya itu dipinjamkan selama semusim bagi menyertai kelab utama Liga Premier, Portimonense SC.

Safawi, 23, mengakui tidak sabar untuk mengembangkan kariernya ke Eropah.

“Saya sangat gembira kerana peluang ini datang sekali seumur hidup, pengalaman ini tidak boleh dibeli dengan wang dan ini (perpindahan) akan saya ingat sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam ini.

Pemain JDT, Safawi Rasid (tengah) mencium ibunya, Salemeh Abu Bakar (kiri) sambil diperhatikan ayahnya, Rasid Sulong (kanan) sebelum berlepas ke Portugal bagi menyertai Liga Premier Portugal bersama kelab Portimonense FC di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. foto FAREEZ FADZIL, 03 OKTOBER 2020

Safawi menaiki pesawat British Airways ke London sebelum meneruskan perjalanan ke Porto, Portugal.

Dia dijangka tiba pukul 12 tengahari waktu tempatan atau pukul 7 malam waktu Malaysia.

Sebaik tiba di sana, Safawi akan dijemput oleh ejennya dan akan menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.

Pemain JDT, Safawi Rasid melambai tangan ke arah petugas media sebelum berlepas ke Portugal bagi menyertai Liga Premier Portugal bersama kelab Portimonense FC di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. foto FAREEZ FADZIL, 03 OKTOBER 2020

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu menjadi pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas penyerang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium, pada Ogos lalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Safawi berlepas ke Portugal malam ini, menangis peluk TMJ