Safawi Rasid.

KUALA LUMPUR – Penyerang Kuching City FC, Safawi Rasid berkongsi perasaannya ketika menjulang trofi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) sekali gus mengimbau kembali detik gemilang yang pernah dilaluinya.

“Saya berbangga dengan pencapaian saya, namun kecewa dengan apa yang tidak dapat saya capai. Situasi ini memang menyakitkan, tetapi ia tidak akan menghalang saya.

“Saya akan terus berusaha, terus memperbaiki diri, dan terus memberikan yang terbaik,” tulis pemain berusia 29 tahun itu di media sosial miliknya di sini.

(Gambar Fail) Muhammad Safawi Rasid menunjukkan trofi dan mok cek selepas merangkul Pemain Paling Bernilai (MVP) pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 (ABK19) di Hotel Tenera, Bangi, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 15 NOVEMBER 2019.

Safawi turut mengakhiri coretannya dengan menitipkan ucapan maju jaya buat skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe yang bakal mengharungi saingan Piala ASEAN FIFA.

“Semoga berjaya Harimau Malaya,” tulis Safawi yang memberi sokongannya terhadap perjalanan skuad kebangsaan di Indonesia.

Luahan Safawi itu hadir ketika namanya tidak tersenarai dalam skuad kebangsaan yang bakal membawa cabaran negara pada Piala ASEAN FIFA di Indonesia dari 25 September hingga 5 Oktober ini.

Situasi berkenaan mungkin menjadi antara perkara yang mencetuskan rasa kecewa pemain kelahiran Terengganu itu kerana dia bukanlah nama asing dalam skuad Harimau Malaya.

Safawi pernah menjadi antara tonggak penting pasukan kebangsaan, terutama ketika berada di kemuncak prestasinya beberapa tahun lalu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here