Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas ketua penolong setiausaha (KPSU) sebuah kementerian kerana disyaki menerima rasuah melibatkan satu tender kementerian berkenaan.

Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berumur 42 tahun itu kini menjawat jawatan pengarah di sebuah pusat latihan ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, semalam.

“Suspek disyaki menerima rasuah daripada syarikat-syarikat pembekal baja yang memasuki tender bagi membekalkan baja di kementerian terbabit.

“Tender tersebut difahamkan diberikan kepada tiga syarikat milik individu yang sama dengan nilai tender berjumlah RM118 juta bagi tempoh dua tahun dari 2019 hingga 2020,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast