Para pelajar Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) dibenarkan pulang ke rumah masing-masing mulai 9 Oktober ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Para pelajar Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) dibenarkan pulang ke rumah masing-masing mulai 9 Oktober ini.

Buat fasa pertama, pelajar kolej matrikulasi dari tiga buah negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Johor dibenarkan untuk pulang bermalam di rumah mereka dari 9 hingga 17 Oktober 2020.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Sekolah) merangkap Timbalan Ketua Pendaftar IPG KPM, Adzman Talib dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan takwim pengajian Program Matrikulasi KPM sesi 2020/21.

Katanya, semua pelahar program matrikulasi ini bdibenarkan untuk pulang bermalam pada cuti pertengahan semester 1 Sesi 2020/21/

“Sehubungan itu, KPM membuat ketetapan agar semua pelajar dari Kolej Matrikulasi di Kedah, Kelantan dan Johor dibenarkan pulang ke kediaman mereka untuk bermalam dari 9 hingga 17 Oktober ini.

“Manakala bagi kolej matrikulasi di negeri lain, pelajar dibenarkan pulang bermalam dari 10 hingga 18 Oktober 2020,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau turut memaklumkan mulai 9 Oktober ini, para ibu bapa dan waris pelajar dibenarkan memasuki premis kolej matrikulasi pada hujung minggu dan cuti umum untuk bertemu dengan pelajar.

Pun begitu, ia pertemuan ibu bapa dan waris dengan pelajar tertakluk pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Namun kebenaran pertemuan ibu bapa dan waris dengan pelajar ini tidak terpakai untuk pelajar yang ingin pulang bermalam di rumah mereka yang berada dalam kawasan zon merah.

“Ibu bapa dan waris yang berada di zon merah juga tidak dibenarkan untuk bertemu pelajar di kolej matrikulasi,” tegasnya lagi.

Justeru tegas KPM, kebenaran pulang bermalam dan lawatan ibu bapa serta waris pelajar program Matrikulasi KPM perlu mematuhi Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi dalam Norma Baharu yang telah dikemaskini dan boleh diakses menerusi portal rasmi KPM www.moe.gov.my.- MalaysiaGazette