Mario Gotze meninggalkan Borussia Dortmund dan berpindah ke kelab Belanda PSV Eindhoven

BERLIN – Bintang gol juara pasukan Jerman Piala Dunia 2014, Mario Gotze hari ini melengkapkan perpindahan ke Liga Belanda dengan menyertai PSV Eindhoven.

Bintang Borussia Dortmund berusia 28 tahun itu meninggalkan Bundesliga secara percuma dan menandatangani kontrak dua tahun bersama kelab Belanda itu.

Laporan di Jerman mendakwa pemain itu menerima tawaran dari pelbagai kelab dari Eropah musim ini.

“Bagaimanapun saya mempunyai perasaan sendiri dan mahu membuat keputusan sendiri demi masa depan bola sepak saya.

“Saya berasa sudah bersedia untuk menerima cabaran tahap lain dan Liga Belanda sangat sesuai untuk saya meneruskan karier,”katanya.

Gotze melakukan 21 penampilan bersama Dortmund musim lalu dan menjaringkan tiga gol.-MalaysiaGazette