Azam Baki

KUALA LUMPUR – Curiga dengan penipuan Macau Scam yang berleluasa di negara ini tanpa penguatkuasaan telah mendorong siasatan lanjut oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga penangkapan beberapa orang awam termasuk anggota penguatkuasa.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki yang mendedahkan siasatan scam tersebut berkata, siasatan ini dimulakan kerana SPRM percaya Macau Scam telah beroperasi beberapa tahun lalu.

Berikutan itu, siasatan SPRM menjurus untuk melumpuhkan aset dan akaun-akaun yang cuba dicucikan.`

Mereka yang terlibat ini akan didakwa manakala aset dan wang yang dirampas akan dijadikan hasil kerajaan.

”Setakat ini telah menahan 11 orang awam tempatan dan seorang warga China untuk membantu siasatan berhubung kes ini.

”Penahanan ini turut melibatkan penahanan lapan orang penguatkuasa yang dipercayai terlibat dan memberi perlindungan kepada scam ini. Mereka yang melindungi disiasat kerana membiarkan kes-kes ini berlaku.

“SPRM turut menyita 730 akaun bank membabitkan RM80 juta dan lebih kurang RM5 juta wang tunai dan 23 kereta mewah yang diperoleh daripada penipuan turut dirampas. ‘Antara kereta mewah itu ialah Mustang, Porshe, Roll Royce, GTR, Bently, Lamborghini dan motosikal,” katanya ketika diwawancara di macc.fm di sini.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 16 dan 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan Kanun Keseksaan serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. – MalaysiaGazette

 

3 Komen

  1. Syabas SPRM. Rakyat pun pelik kenapa Macau Scam macam tak boleh ditumpaskan oleh PDRM selama ni. Punya banyak kes, asik asik kena keldai akaun. Si pelaku tak dapat kesan. Mustahil! Boleh saja PDRM kesan siapa yg keluarkan duit dari ATM melalui cctv atau trace kemana duit scam berakhir. Duit 1MDB boleh pulak kesan sampaibke luar negara..

  2. kesian mangsa macau scam. duit simpanan utk hari tua atau nak pergi mekah dia org tarah…lahabau betul…
    yg tak bestnya sttement aset disita jadi harta kerajaan. apa kes..patutnya pcairkan & pulangkan pada pangadu/mangsa yg merepot. kerajaan kena selesaikan ni

Comments are closed.