KIEV – Gara-gara tiga penjaga gol pasukan kebangsaan Ukraine disahkan positif Covid-19, penolong jurulatih skuad itu terpaksa mengambil peranan sebagai penjaga gol pasukan itu pada Rabu lalu.
Oleksandr Shovkovskiy, 45, dimasukkan dalam barisan pemain sebagai penjaga gol ketika berdepan Perancis dalam aksi persahabatan antarabangsa.
Ketiga-tiga penjaga gol pasukan itu sebelum ini iaitu Andriy Pyatov, Andriy Lunin dan Yuriy Pankiv masing-masing didapati positif Covid-19 baru-baru ini.
Sementara itu, Shovkovskiy yang telah bersara sebagai penjaga gol Dymano Kiev pada tahun 2016 mula meneruskan karier kejurulatihan dan sebahagian daripada skuad jurulatih pengurus pasukan Ukraine, Andriy Shevchenko.
Bagaimanapun aksi tersebut menyaksikan pasukan itu kalah teruk dibelasah 7-1 oleh Perancis.
Penyerang Chelsea, Olivier Giroud menjaringkan dua gol dalam aksi tersebut sekaligus muncul sebagai penjaring kedua sepanjang masa untuk skud Perancis iaitu 42 gol setakat ini.
Pemain muda Perancis, Eduardo Camavinga, 17 membuka jaringan seawal minit ke-9 perlawanan bermula.
Manakala empat lagi gol menyusul menerusi Tolisso, Mbappe dan Griezmann.
Gol tunggal Ukraine dijaringkan oleh Tsygankov pada minit ke-53.-MalaysiaGazette