Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat enam kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah apabila memberitahu, enam kluster berkenaan adalah empat yang dikesan di Selangor dan masing-masing satu di Sabah serta Sarawak.

Katanya, enam kluster yang dilaporkan itu adalah Kluster Highway di Sabah.

“Empat kluster di Selangor iaitu Kluster Bah Manggis, Kluster Utama, Kluster Tasik dan Kluster Simera manakala Kluster Putra direkodkan di Sarawak,” katan pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 secara langsung di Facebook.

Memperincikan mengenai perkara itu, Noor Hisham berkata, Kluster Highway dikesan di daerah Kota Belud, Sabah.

Manakala, Kluster Bah Manggis pula membabitkan dua daerah Tawau, Sabah dan daerah Kuala Langat di Selangor, katanya.

“Bagi Kluster Utama pula, ia telah dikenal pasti di daerah Gombak dan Petaling, Selangor manakala Kluster Tasik Selangor membabitkan Miri, Sarawak dan daerah Petaling, Hulu Langat dan Klang,” jelasnya.

Tambah beliau, Kluster Simera pula membabitkan daerah Besut (Terengganu), Kuantan (Pahang), daerah Petaling, Klang dan Hulu Langat (Selangor).

Katanya lagi, Kluster keenam iaitu Kluster Putra Sarawak pula dikesan di Bintulu.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, , terdapat 10 kluster aktif lain yang mempunyai kes positif Covid-19 pada hari ini.

Ia membabitkan:
• 27 kes daripada Kluster Tembok;
• 18 kes daripada Kluster Ramai-Ramai;
• Lapan kes daripada Kluster Benteng LD;
• Enam kes daripada Kluster Bah Puchong;
• Tiga kes daripada Kluster Tanamera;
• Tiga kes daripada Kluster Penjara Reman;
• Dua kes daripada Kluster Laut;
• Dua kes daripada Kluster Jalan Meru;
• Satu kes daripada Kluster Benteng PK; dan
• Satu kes daripada Kluster Selasih- MalaysiaGazette