KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) menutup saingan Liga Super dengan rekod tanpa kalah selepas mencatat kemenangan pada aksi terakhir menewaskan Melaka 5-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi.

Harimau Selatan yang dinobatkan juara Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut lebih awal menguasai hampir keseluruhan babak pertama.

Sementara itu, FELDA United FC mengikut jejak langkah PDRM tersingkir ke Liga Perdana musim depan selepas tewas 1-6 kepada Selangor di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Keputusan itu memberi tamparan kepada syarikat The Fighters Sdn Bhd yang dilaporkan sedang berusaha untuk memastikan FELDA United terus kekal beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

                                                                                                                                   Dalam satu lagi perlawanan, PJ City turut membelasahkan PDRM 4-1 di tempat sendiri. – MalaysiaGazette