Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan menyebarkan kandungan atau bahan yang berunsur kecaman terhadap sesebuah kumpulan yang boleh menimbulkan kemarahan serta menjejaskan ketenteraman awam.

Pada masa yang sama, laporkan kepada pihak polis atau SKMM melalui portal https://aduan.skmm.gov.my atau e-mel kepada aduanskmm@mcmc,gov.my
sekiranya anda terjumpa akaun-akaun atau kandungan sedemikian untuk penelitian lanjut.

Sebarang perkongsian atau penyebaran kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast