KUALA LUMPUR – Pereka fesyen terkenal,Datuk Rizalman Ibrahim dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

Berita gembira itu diumumkan oleh UiTM menerusi Facebook rasmi mereka semalam.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad turut menzahirkan ucapan tahniah serta yakin bahawa Rizalman mampu memberikan sumbangan besar terhadap institut pengajian tinggi.

Sementara itu, Rizalman menerusi akaun Instagram miliknya berjanji akan terus berkhidmat selagi kudrat dan bakatnya diperlukan.

Rizalman yang memiliki lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) UiTM itu bukan sahaja popular sebagai pereka fesyen berjaya malah cemerlang sebagai pereka hiasan dalaman, pengurus majlis, pengatur majlis perkahwinan serta personaliti TV. – MalaysiaGazette